Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PUTERI kedua Raja Muda Perlis, “flag off’ NS Charity Drive 2023’ n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PUTERI kedua Raja Muda Perlis, “flag off’ NS Charity Drive 2023’

PUTERI kedua Raja Muda Perlis, “flag off’ NS Charity Drive 2023’

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Mac 2023 09:01

PUTERI kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat membuat pelepasan ‘flag off’ ‘Northern Supecar Club/Kelab Kereta Berkuasa Tinggi Utara (NSC) Charity Drive 2023’ di perkarangan Rumah Kanak-Kanak Arau di Guar Nangka.

Ketibaan Sharifah Farah Adriana disambut oleh wakil NSC, Beh Kwan Wei dan Ivaen Chew.

 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa.

Terdahulu itu diadakan sesi persembahan sumbangan daripada pihak NSC kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Sharifah Farah Adriana bagi pihak Raja Muda selaku Pengerusi YTSP bagi tujuan menjayakan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis berjumlah RM13,888.

 

 

Pihak NSC turut menyumbangkan RM12,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Arau sempena program amal tersebut.

Terdahulu diadakan taklimat daripada wakil Rumah Kanak-Kanak Arau kepada 28 pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang majoritinya datang dari Pulau Pinang pada kali ini.

Dari RKK Arau, para peserta konvoi mengadakan turut mengadakan lawatan di sekitar Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai.

 

 

 

Masing-masing teruja melihat kejayaan transformasi yang dilaksanakan atas ilham dan kasih sayang Raja Muda dan Raja Puan Muda ke atas rakyat baginda berdua yang disokong padu oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan YTSP Perlis bersama pelbagai jabatan, agensi serta individu dan mendapat dokongan penuh daripada kepimpinan dan masyarakat setempat walaupun ianya baru sahaja lebih dua tahun dijayakan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE