Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerajaan negeri, wakil rakyat perlu wujud hubungan baik dengan Persekutuan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerajaan negeri, wakil rakyat perlu wujud hubungan baik dengan Persekutuan

Kerajaan negeri, wakil rakyat perlu wujud hubungan baik dengan Persekutuan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Mac 2023 09:06

KANGAR: Kerajaan negeri dan setiap wakil rakyat di Perlis perlu berusaha keras mewujudkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan agar segala urusan berkaitan pembangunan negeri ini dapat berjalan lancar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak terlibat disaran supaya mengutamakan kepentingan rakyat dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing.

Titah baginda, kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat memberi kerjasama yang baik dan tidak akan meminggirkan negeri ini daripada arus perancangan pembangunan negara.

 

“Melihat kepada keadaan semasa kewangan negeri, beta juga menyarankan supaya perancangan perbelanjaan dibuat dengan teliti dan berhemah.

“Beta menyeru supaya kerajaan negeri berbelanja mengikut keutamaan dan memberi fokus kepada perkara-perkara yang dapat memberi impak langsung kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat negeri ini,” titah baginda bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN negeri di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar kerajaan negeri yang baharu dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu dapat melaksanakan mandat yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Jadilah pemimpin yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat dan bantulah mereka bagi meringankan beban yang ditanggung kerana itulah tanggungjawab seorang pemimpin.

“Elakkan perbuatan yang kononnya menampakkan kecaknaan sedangkan kedengaran suara rakyat masih memerlukan bantuan dan sokongan,” titahnya.

 
 

Di samping itu, baginda turut bertitah agar kerajaan negeri lebih bijak dalam meneroka sumber- sumber baharu yang boleh mendatangkan hasil buat Perlis.

Titah baginda, kerajaan negeri perlu berfikir secara kritis dan serius untuk mempelbagai hasil negeri ini dan tidak bergantung kepada kutipan cukai tanah atau premium semata-mata.

“Jabatan serta agensi negeri boleh memfokuskan kepada pengeluaran produk hiliran, penelitian semula caj-caj kemasukan tempat pelancongan, menyewakan lot-lot atau tapak-tapak tanah kerajaan bagi tujuan aktiviti perniagaan dan lain-lain yang difikirkan wajar,” titah baginda.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE