Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis nasihat jemaah haji lengkapkan diri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis nasihat jemaah haji lengkapkan diri

Pemangku Raja Perlis nasihat jemaah haji lengkapkan diri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 Mei 2023 10:13

ARAU, 30 April- Bakal jemaah haji perlu mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya kerana ibadat haji adalah perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan selengkapnya.

Sebelum berangkat ke tanah suci, bersihkan niat dan gunakan tenaga dan masa untuk melaksanakan amal ibadah secukupnya untuk mendapat haji mabrur.

Titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ucapan tahniah kepada semua yang telah menerima jemputan dari Allah Subhanahu Wataa'la untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini dan syabas atas komitmen dan ketekunan untuk menyiapkan diri masing-masing dengan segala ilmu yang diperlukan.

 


(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

 

Baginda turut menzahirkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji atas usaha untuk menganjurkan kursus-kursus secara fizikal dan secara dalam talian sebagai persediaan rohani untuk semua bakal haji.

Demikian titah baginda ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perlis Musim Haji Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi yang diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra

Bagi musim haji tahun ini, Tabung Haji dijangka akan menghantar seramai 31,600 jemaah Malaysia ke tanah suci, dimana seramai 370 orang daripadanya adalah dari negeri Perlis.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE