Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Ziarah Mangsa Kebakaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis Ziarah Mangsa Kebakaran

Pemangku Raja Perlis Ziarah Mangsa Kebakaran

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Mei 2023 20:28

ARAU, 3 Mei - Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran rumah, Ramli Bakar, di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Arau.

Baginda berharap semoga beliau dan keluarga kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan di bulan Syawal ini.

Kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4 petang, 1 Mei lalu telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan bantuan awal bencana bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,700 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.

Pihak MAIPs kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk baik pulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Wartawan : Wan Noor Azley
Gambar : Media Istana

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE