Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bekerja, berusaha imarah bumi perintah Allah – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bekerja, berusaha imarah bumi perintah Allah – Pemangku Raja Perlis

Bekerja, berusaha imarah bumi perintah Allah – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Mei 2023 20:32

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bekerja dan berusaha mengimarahkan bumi merupakan salah satu daripada perintah Allah kepada manusia dalam menggalas tugas sebagai khalifah.

Sehubungan itu titah Baginda, untuk memastikan segala tugas dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan maka sifat positif seperti amanah, dedikasi, tekun dan berhikmah merupakan elemen penting yang perlu dijunjung dalam setiap pekerjaan.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Sulaiman (duduk) dan peserta program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli di Kampung Chemumar, Arau.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Khas sempena Hari Pekerja tahun 2023 Peringkat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dua buah rumah asnaf terpilih untuk dikunjungi Baginda iaitu di Kampung Chemumar, Arau bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs di mana masing-masing menerima RM700 tunai, sekampit beras dan kotak makanan.

Dua asnaf itu adalah Sulaiman Jusoh, 71 dan Zabedah Mat Esa, 49.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra memberikan sumbangan MAIPs kepada Zabedah di Kampung Chemumar, Arau.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Pemangku Raja Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs memperingatkan semua pekhidmat tersebut untuk sentiasa bekerja dengan sepenuh hati, ikhlas dan berorientasikan budaya kerja cemerlang demi memastikan setiap objektif dan matlamat organisasi dapat direalisasikan.

Untuk rekod, MAIPs telah berjaya mencapai beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Sijil Bersih Kewangan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan selama 10 tahun berturut-turut, selain muncul sebagai Majlis Agama Islam pertama di Malaysia yang mendapat penarafan Standards Accounting for Government Agencies (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara serta Anugerah Khas Presiden daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) baru-baru ini.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE