Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengusaha ladang Harumanis Perlis akui mangganya dieksport ke Singapura n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengusaha ladang Harumanis Perlis akui mangganya dieksport ke Singapura

Pengusaha ladang Harumanis Perlis akui mangganya dieksport ke Singapura

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Mei 2023 20:38

SEORANG pengusaha ladang Harumanis mengakui permintaan terhadap mangga keluarannya bukan sahaja mendapat sambutan yang baik di dalam negara malah kini berjaya menembusi pasaran di Singapura.

Perkara ini telah dipersembahmaklumkan oleh pemilik Ladang Harumango Chuping, Datuk Rick Cheng Wooi Seong kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail ketika berkenan meluangkan masa melawat ladang tersebut semalam.

Taklimat tersebut disampaikan kepada Pemangku Raja dan juga para tetamu yang hadir termasuk ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan mengenai operasi ladang, pemasaran dan juga promosi Harumanis syarikat berkenaan.

Katanya, ladang berkenaan kini mempunyai 1,300 pokok.

Tambah Rick, majoriti rakyat di Malaysia mengetahui akan populariti buah ikon Perlis ini tetapi masih ramai belum pernah merasainya.

 

  

“Penggemar Harumanis Perlis pastinya mengetahui mengapa buah ini lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan mangga jenis lain,” katanya.

Beliau berkata, mangga ini ini
unik dari segi aroma dan kemanisannya malah tanaman ini memerlukan penjagaan yang teliti serta rumit antara faktor menjadikan harga Harumanis Perlis agak mahal.

Tambah beliau, Ladang Harumango yang bertempat di Kampung Chuping Bawah Bukit kini dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Katanya, pengunjung bukan sahaja berpeluang melawat ladang, merasai buah Harumanis Perlis tetapi berpeluang mendapat maklumat panduan penjagaan pokok Harumanis.

Rick memberitahu, beliau kini dalam perancangan untuk menjadikan Ladang Harumango beliau sebagai pusat tarikan “agrotourism” yang akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

Pemangku Raja juga menzahirkan rasa gembira akan perkembangan positif sepertimana taklimat yang diberikan.

Baginda juga berharap perniagaan pengusaha-pengusaha Harumanis Perlis akan terus maju bukan sahaja untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia bahkan ke luar negara.

Musim Harumanis dijangka akan berakhir pada awal Julai nanti. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE