Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda lawat HTF sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda lawat HTF sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan

Raja Puan Muda lawat HTF sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 11 Mei 2023 10:36

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh dan Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaafar.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen diiringi Fuziah (kiri) ketika menyerahkan cederahati kepada salah seorang ibu semasa lawatan ke (HTF) Kangar sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan.

 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ai Ling, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Johari dan Pengarah HTF, Dr. Nordin Mohamed.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HTF, Dr Noor Aini Harun mempersembahkan taklimat ringkas berkenaan Jabatan O & G di hospital berkenaan yang memberi khidmat kepakaran dalam merawat ibu hamil dengan pelbagai masalah dan rawatan untuk wanita yang mempunyai masalah Ginekologi.

 

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bersama Fuziah, Dr Ismuni bergambar dengan petugas Jabatan Obstetrik dan Ginekologi semasa lawatan ke (HTF) Kangar sempena Program Ziarah Rahmah Kepengunaan.

 

Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan di klinik O&G (Klinik Perbidanan dan Sakit Puan), perkhidmatan di PAC aras 1, wad bersalin (aras 2) wad B1, B2, (Aras 4) dan B5.

Misi utama jabatan ini adalah bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti kepada pesakit dan diterajui oleh tujuh pakar, 21 pegawai terlatih, 2 penyelia jururawat, 11 ketua jururawat, 86 jururawat terlatih, 2 Penolong Pegawai perubatan, 32 Pembantu Perawatan Kesihatan dan 2 pembantu tadbir.

Raja Puan Muda juga berkenan beramah mesra dan mengurniakan cenderahati kepada ibu-ibu di wad bersalin diiringi Fauziah dan Norazah.

Baginda berharap warga kerja di HTF akan terus menerus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE