Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Warga Jabatan Kesihatan berpeluang dekati Pemangku Raja pada majlis Aidilfitri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Warga Jabatan Kesihatan berpeluang dekati Pemangku Raja pada majlis Aidilfitri

Warga Jabatan Kesihatan berpeluang dekati Pemangku Raja pada majlis Aidilfitri

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Mei 2023 09:41

WARGA kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan berfoto kenangan dengan Pemangku Raja Perlis l, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sambutan Hari Raya anjuran jabatan berkenaan di Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari serta para pegawai kanan jabatan itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen melihat simbolik hidangan hari raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

 

Pemangku Raja dan Raja Puan Muda turut berkenan melawat setiap gerai yang disediakan mengikut jabatan dan beramah mesra serta meluangkan masa bergambar dengan para kakitangan jabatan dan tetamu yang hadir.

Selepas majlis itu, Baginda menzahirkan harapan agar semua pihak akan terus bersatu hati untuk sama-sama membangunkan negeri ini dan meneruskan segala kelangsungan pembangunan yang telah dirancang.

Titah Baginda, ia seiring dengan wawasan Perlis Negeri Bandaraya menjelang 2030 akan dapat dicapai melalui aspirasi ’Perlis Baharu’ yang dapat memberi perubahan positif kepada negeri ini dan juga pada masa yang sama memperkasakan lagi kehidupan rakyat.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra melihat laksa antara makanan dihidangkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

 

Dr Ismuni pula berterima kasih dan amat berbangga dengan semangat kerja secara kekeluargaan yang dilaksanakan oleh kakitangan yang bertungkus lumus membuat persiapan makanan dan juga memperindahkan venue bagi menyambut lebih 1,000 tetamu yang hadir.

Lebih istimewa katanya, dengan perkenannya Tuanku Pemangku Raja dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis berangkat ke majlis tersebut.

Pelbagai juadah menarik disediakan antaranya satay, mee goreng, laksa Kuala Perlis, mee kari dan pelbagai jenis kuih muih serta beraneka jenis minuman.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE