MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Sutekno berkata jenama SUKA iaitu singkatan bagi 'Sokongan Untuk Pemulihan Anda' digunakan oleh AADK untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh klien (pelatih PUSPEN) meliputi hasil pertanian, kimpalan, jahitan dan makanan.
“Sesuai dengan maksud perkataan SUKA, kita mengajak masyarakat untuk sama-sama menyokong usaha pelatih PUSPEN membina hidup baharu dan bebas daripada najis dadah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran SUKA di sini hari ini.
“Produk anak pokok durian kacuk ini merupakan idea klien sendiri yang berminat dengan bidang pertanian dan kita di PUSPEN memberi bimbingan kepada mereka,” katanya.
Menurutnya penjagaan anak pokok durian dapat mendidik klien tentang kesedaran menjaga diri sendiri agar tidak terjebak lagi dengan penyalahgunaan dadah dan barang terlarang.
“Anak pokok durian perlu disemai, dibaja serta disiram dan begitu juga kehidupan ini perlu dijaga dengan baik agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti najis dadah,” katanya.
Pengarah PUSPEN Gambang, Pahang Rosland Hussen pula berkata produk SUKA menjadikan klien lebih kreatif seperti mengunakan bahan terpakai untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial.
“Di PUSPEN Gambang kita bawa produk ‘orang-orang’ yang diguna untuk menghalau haiwan perosak tanaman dan dihasilkan dari bengkel kimplan mengunakan gabungan teknologi pengesan (sensor) dan tenaga solar,” katanya.
Sumber: Bernama