Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Martabatkan Budaya, Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Martabatkan Budaya, Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa

Martabatkan Budaya, Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Ogos 2023 22:10

SONGKHLA, 24 Ogos- Penyelidikan terhadap manuskrip Melayu lama di negeri Perlis diperluaskan dengan kecekapan ilmu sains dan teknologi yang terkini.

Ia bagi memastikan bahasa serta budaya Melayu terus diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bahasa dan ilmu persuratan Melayu sebagai khazanah warisan ilmu bangsa Melayu telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.

Baginda menyarankan agar Kementerian dan Institusi Pendidikan Tinggi menitikberatkan pengukuhan adat, adab dan bahasa dalam kalangan generasi masa kini bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara.

"Manuskrip Melayu seperti Hikayat Hang Tuah telah diangkat dan diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu atau (UNESCO),” titah baginda.

Baginda merasmikan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun (SUTERA) 2023 & SEMALU III yang diintegrasikan dengan tema 'Budaya Penyelidikan Watan: Melestari Identiti Keunikan ASEAN' di Thaksin University (TSU), Songkhla, Thailand.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke program anjuran bersama universiti berkenaan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu disambut oleh Presiden TSU Dr. Nathapong Chitniratna.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE