Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 17.7 peratus kematian di Perlis akibat jantung iskemia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
17.7 peratus kematian di Perlis akibat jantung iskemia

17.7 peratus kematian di Perlis akibat jantung iskemia

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Ogos 2023 22:26

ARAU: Sebanyak 17.7 peratus atau 240 daripada 1,357 kematian di negeri ini yang direkodkan pada 2021 adalah berpunca akibat penyakit jantung iskemia.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, statistik pada tahun berkenaan juga menunjukkan bahawa penyakit jantung iskemia telah menyumbang sebanyak 13.7 peratus kematian di negara ini.

Beliau mempersembahmaklumkan perkara berkenaan kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis perasmian program saringan kesihatan jantung IJN bersama Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Dewan Kecemerlangan universiti itu di kampus Alam Pauh Putra di sini, semalam.

 
 

Keberangkatan tiba baginda merangkap Canselor Unimap dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro-Canselor Unimap disambut oleh Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Aizai Azan.

Program Corporate Social Initiatives (CSI) IJN ini dianjurkan dengan kerjasama Unimap yang bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan jantung dan menyediakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma disamping memberikan khidmat nasihat serta bimbingan menjalani gaya hidup sihat.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kebelakangan ini, terlalu banyak kes kematian mengejut berlaku dalam masyarakat.

“Apabila terjadinya sindrom kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan (SUDS) seperti serangan jantung (malignant arrhythmia) kepada golongan muda yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, perkara tersebut wajar dipandang serius.

“Kita juga berharap agar usaha murni ini akan terus membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih sensitif dengan tahap kesihatan masing-masing,” titah baginda.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE