Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guna peluang Tahun Melawat Perlis 2024/2025 naikkan imej negeri – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Guna peluang Tahun Melawat Perlis 2024/2025 naikkan imej negeri – Raja Muda Perlis

Guna peluang Tahun Melawat Perlis 2024/2025 naikkan imej negeri – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 September 2023 12:40

KANGAR: Semua pihak perlu menggunakan peluang penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP2024/2025) bagi menaikkan lagi imej negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama baharu di Malaysia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua pihak diharap dapat bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam menjayakan penganjuran TMP2024/2025 ini.

“Beta percaya rakyat negeri ini kaya dengan sifat hospitaliti, berhemah dan amat prihatin terhadap isu kebersihan alam sekitar, sekali gus mencerminkan tema Perlis Damai dan Menawan,” titah baginda pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam tadi.

 
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Turut hadir, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli; Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; barisan Exco kerajaan negeri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di negeri ini.


Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kemerdekaan yang dikecapi wajib dipelihara oleh seluruh lapisan masyarakat yang perlu memainkan peranan masing-masing antaranya dengan bersatu-padu bagi membentuk kekuatan untuk negara dan negeri yang lebih mampan dalam semua aspek.


Titah baginda, pemimpin dan anggota perkhidmatan awam juga perlu terus berkhidmat dengan rajin, teliti, setulus hati, berintergriti, beramanah dan bertanggungjawab dengan tadbir urus terbaik dalam memastikan sosio ekonomi rakyat terus dilindungi.

 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama kontijen dari pejabat Tuanku Raja Perlis pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

    

“Rakyat juga hendaklah berterusan menyokong usaha-usaha dan dasar kerajaan agar segala program yang digubal dapat berdaya maju untuk dinikmati oleh semua.


“Kemajuan yang lebih bermakna adalah perkhidmatan yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kemakmuran rakyat,” titah baginda.

 

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, negara juga memerlukan rakyat yang berpendidikan, berpengetahuan, proaktif, berinovatif, kompetitif, berkemahiran dan sentiasa berfikir untuk melakukan penambahbaikan.


Baginda bertitah, generasi muda merangkumi penuntut dan belia mestilah sama-sama dipimpin untuk mengenal serta menghayati ajaran-ajaran agama yang benar lagi sahih bagi membentuk cara berfikir yang seimbang.


“Minda, akal budi, rohani dan perlaksanaan amalan agama itu hendaklah dibina di atas asas yang benar dan sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah.


“Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis yang memartabatkan kedudukan istimewa Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah,” titah baginda.



 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE