Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RAJA PERLIS DAN RAJA PEREMPUAN PERLIS SELAMAT BERANGKAT PULANG n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RAJA PERLIS DAN RAJA PEREMPUAN PERLIS SELAMAT BERANGKAT PULANG

RAJA PERLIS DAN RAJA PEREMPUAN PERLIS SELAMAT BERANGKAT PULANG

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 September 2023 15:53

KANGAR, 4 Sept (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid selamat berangkat pulang ke negeri Perlis petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Arau hari ini, baginda berdua bersemayam di Kuala Lumpur sejak 27 Mac 2023  bagi membolehkan Tuanku Raja Perlis menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya pada 1 April 2023. 

Kenyataan itu menyebut selepas pembedahan, baginda menjalani  proses pemulihan dan pemeriksaan susulan di Istana Perlis Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh tersebut iaitu dari 28 Mac sehingga 27 Ogos 2023, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis oleh Tuanku Syed Sirajuddin.

Menurut kenyataan itu pada petang semalam Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan mendarat dengan pesawat penerbangan Malaysia MH1208 pada 2.20 petang di Lapangan Terbang Alor Setar, dan disambut oleh Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Turut hadir adalah Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli serta para pembesar negeri.

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bertitah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana rawatan pembedahan yang dijalani oleh Tuanku Raja berjaya dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. 

“Walaupun kadangkala terdetik rasa resah dan gelisah di hati sepanjang proses rawatan, beta berasa amat tenang dan sukacita dengan adanya sokongan daripada ahli keluarga dan rakan taulan yang dikasihi”, titah baginda menerusi kenyataan sama.

Tuanku Tengku Fauziah menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis di bawah kepimpinan Menteri Besar, Kementerian Kesihatan termasuk seluruh warganya yang terbabit dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan segala urusan Tuanku Raja sepanjang bersemayam di Kuala Lumpur.

Baginda berdua turut menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat yang dikasihi kerana tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan kesihatan ke atas Tuanku Raja sepanjang menjalani rawatan.

"Sesungguhnya hanya Tuhan sajalah yang dapat membalas setiap titipan doa yang diucapkan" titah baginda.

Menerusi kenyataan itu baginda berdua mendoakan agar rakyat  sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah ini.



Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE