Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golongan wanita perlu berkemahiran, daya kepimpinan kendiri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Golongan wanita perlu berkemahiran, daya kepimpinan kendiri

Golongan wanita perlu berkemahiran, daya kepimpinan kendiri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 05 September 2023 15:27

GOLONGAN wanita harus sedar akan pentingnya berkemahiran dan mempunyai daya kepimpinan kendiri untuk dijadikan sebagai aset bernilai bagi membangunkan jati diri, titah Raja Puan Muda Perlis.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, pada masa yang sama, wanita yang arif mengenai hal kewangan juga mempunyai kebolehan tertentu.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama Pei See dengan kek sempena Sambutan Ulangtahun ke 25 Assata & Ella Baché Premium Salon di Kangar baru-baru ini.

  

Titah Baginda, ia termasuk untuk mengubah pemikiran masyarakat dalam pelbagai bidang khususnya berkaitan bidang keusahawanan.

“Kewangan juga merupakan perantara yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan sosial wanita tersebut,” titah Baginda.

Raja Puan Muda bertitah demikian semasa berkenan berangkat menerima undangan ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke 25 Assata & Ella Baché Premium Salon di Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengusaha Pusat ‘Beauty Esthetique’ berkenaan di Perlis, Thian Pei See.

Baginda berkenan meluangkan masa melihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh salon ini. 

 

Sumber; Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE