Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs terima sijil tanpa teguran Ketua Audit Negara 11 tahun berturut-turut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs terima sijil tanpa teguran Ketua Audit Negara 11 tahun berturut-turut

MAIPs terima sijil tanpa teguran Ketua Audit Negara 11 tahun berturut-turut

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 09 September 2023 11:35

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan jabatan itu bagi tahun 2022.

Ia sekali gus menyaksikan MAIPs menerima sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara itu buat kali ke-11 berturut-turut yang bermula pada tahun 2012 sehingga 2022.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs, berkenan berangkat menghadiri majlis penyerahan sijil tersebut yang diterima daripada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Galeri Diraja Arau di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Hakim Syarie Perlis, Jaidi Ahmad; Timbalan Yang Dipertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan dan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pihak MAIPs telah melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Jabatan Audit Negara yang mana penyata kewangan telah disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian, angka-angka yang diperakaunkan menepati serta mematuhi standard perakaunan yang diterima pakai.

Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak MAIPs atas penerimaan sijil berkenaan.

“Rekod baik tersebut perlu dan wajar dikekal pada tahun-tahun berikutnya serta menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di Perlis,” titah baginda.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE