Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terap pegangan agama Islam yang teguh pada anak – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terap pegangan agama Islam yang teguh pada anak – Raja Muda

Terap pegangan agama Islam yang teguh pada anak – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 September 2023 12:52

IBU bapa perlu menerapkan dan menanamkan elemen kepercayaan atau pegangan agama Islam yang teguh dalam diri anak-anak atau jagaan masing-masing, titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pegangan agama yang teguh berperanan utama bagi membentuk pemikiran dan pandangan mereka untuk menjalani kehidupan yang didasari dari ajaran al-Quran dan Al-Sunnah.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda anjuran MAIPs Bilangan Ke-14 bagi tahun 2023 di Masjid Al Falah, Behor Mempelam, Tambun Tulang baru-baru ini.

  

“Ini penting supaya mereka berada di landasan yang betul dalam mengejar kejayaan di dunia dan akhirat,” titah Baginda.

Raja Muda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke-14 bagi tahun 2023 di Masjid Al Falah, Behor Mempelam, Tambun Tulang baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda anjuran MAIPs Bilangan Ke-14 bagi tahun 2023 di Masjid Al Falah, Behor Mempelam, Tambun Tulang baru-baru ini.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr Hazman Hassan; Pengerusi Jawatankuasa ICT MAIPs, Azlan Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena majlis tersebut, Raja Muda berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf di kalangan anak kariah masjid berkenaan. 

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat bagi mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf sempena Program Hijrah Minda anjuran MAIPs Bilangan Ke-14 bagi tahun 2023 di Masjid Al Falah, Behor Mempelam, Tambun Tulang baru-baru ini.

  

Masing-masing menerima wang tunai RM400 setiap seorang dengan keseluruhan jumlah sumbangan agihan zakat kali ini sebanyak RM8,000.

Turut diadakan ceramah oleh SW Corp yang disampaikan oleh Pengarahnya, Shamsuharizal Basir bertajuk ‘Perlis Hebat Rakyat Hidup Bersih’.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE