Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hubungan baik dengan industri, UniMAP perlu dikenali di mata dunia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hubungan baik dengan industri, UniMAP perlu dikenali di mata dunia

Hubungan baik dengan industri, UniMAP perlu dikenali di mata dunia

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 September 2023 08:05

LATVIA, 12 September- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu sentiasa mewujudkan hubungan baik dengan pemain industri baik dari dalam atau luar negara, seiring dalam menjayakan pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah usaha itu bagi memastikan UniMAP terus dikenali di mata dunia.

"Langkah itu seterusnya akan mewujudkan peluang yang besar kepada pelajar UniMAP untuk diterima bekerja di pelbagai sektor walaupun masih belum bergraduasi," titah baginda pada program pelajar di University of Latvia, di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik iaitu Latvia dan Estonia dari 10 hingga 17 September.

Menerusi jelajah itu, baginda berharap hubungan baik yang dibina akan memberi kelebihan kepada UniMAP untuk menarik lebih ramai warga industri memilih melanjutkan pengajian dalam bidang profesional di universiti awam itu.

 

(Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik iaitu Latvia dan Estonia, membina
hubungan dengan industri dan universiti)

 

  

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE