Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan sembah mengadap Ketua Polis Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan sembah mengadap Ketua Polis Negara

Raja Perlis berkenan sembah mengadap Ketua Polis Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 September 2023 14:12

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

  

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima cenderamata dari Razarudin di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

   

Turut hadir isteri Razarudin, Puan Sri Zainah Othman, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri Datin Sri Zalena Mohd Ariffin serta Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Razarudin telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak berkuatkuasa 23 Jun lalu menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

   
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima sembah mengadap Razarudin di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

  

Manakala Ayob Khan yang memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 22 Jun lalu selepas mengambil alihnya dari Tan Sri Razarudin.

Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada Razarudin dan Ayob Khan atas perlantikan dan tanggungjawab yang baharu tersebut.

  

Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima sembah mengadap Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri masing-masing dan Surina di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

  

Baginda berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh cekap, amanah dan berintegriti bagi memastikan negara ini kekal aman dan damai khususnya di negeri Perlis.

 

  

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE