Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RAJA MUDA PERLIS LAWAT PUSAT ISLAM RIGA DI LATVIA n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RAJA MUDA PERLIS LAWAT PUSAT ISLAM RIGA DI LATVIA

RAJA MUDA PERLIS LAWAT PUSAT ISLAM RIGA DI LATVIA

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 14 September 2023 09:32

RIGA (LATVIA), 13 Sept (Bernama) -- Umat Islam diingatkan agar mengerjakan lima Rukun Islam bagi menunjukkan ketaatan kepada Allah, yang akan meningkatkan ketakwaan dan memperkuat hubungan spiritual dengan tuhan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengingatkan perkara itu dalam titah baginda di majlis Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 di Pusat Islam Riga di sini bertitah, agama Islam menyediakan landasan akhlak dan etika mulia dalam kehidupan.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan mengikuti Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 Sept, dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Terdahulu baginda menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pegawai Pusat Islam Riga, Sultan Ahmad Mohd Ow.

Riga merupakan ibu negara bagi Latavia terletak di pesisir Laut Baltik di muara Sungai Daugava. 

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE