Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PENYELIDIKAN TUNJANG KECEMERLANGAN UNIMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PENYELIDIKAN TUNJANG KECEMERLANGAN UNIMAP

PENYELIDIKAN TUNJANG KECEMERLANGAN UNIMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 September 2023 08:15

TALLINN (ESTONIA), 14 Sept (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadikan penyelidikan sebagai tunjang kepada kecemerlangan universiti tersebut.

 Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penyelidikan yang dilakukan telah membawa kepada penemuan baharu yang boleh meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta meningkatkan kualiti hidup.

"Di UniMAP terdapat dua elemen yang boleh diperoleh daripada penyelidikan berkualiti iaitu 'output' dan hasil," titah baginda pada program pelajar di Universiti Teknikal Talinn (TALTECH) di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Keberangkatan tiba baginda dan delegasi Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 disambut oleh rektor TALTECH Prof Tiit Land.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP mengetuai delegasi itu ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 Sept.

Titah baginda UniMAP mengutamakan impak atau kejayaan penyelidikan yang dihasilkan kerana ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

"Penyelidikan bermula dengan masalah sebenar dan pihak universiti menjalankan kajian bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut," titah baginda.

Estonia merupakan sebuah negara republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan mempunyai 15 daerah.

Tallinn merupakan ibu negara bagi negara Baltik itu dan mempunyai 1.3 juta rakyat.

Ia digelar sebagai negara digital dan mempunyai lebih daripada 10 syarikat yang berstatus Unicorn iaitu syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi US$1 bilion.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE