Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Pusat Islam Tallinn n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Pusat Islam Tallinn

MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Pusat Islam Tallinn

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 September 2023 08:52

TALLINN, 15 September - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan sebanyak 400 Euro (RM2,000) kepada Pusat Islam Tallinn.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Yang Dipertua berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada presiden Pusat Islam Tallinn Mohammed Imran dan bermesra dengan umat Islam di sana.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah solat mampu membentuk disiplin umat Islam tepat terhadap waktu dan mempunyai fokus secara spiritual terhadap agama.

"Solat dan zakat juga mampu membentuk ikatan persaudaraan," titah baginda selepas menunaikan solat di masjid berkenaan.

Baginda mengetuai Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 September.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Turut berangkat anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli.

"Kita sebagai umat Islam juga diajarkan untuk tawakal iaitu percaya kepada kehendak dan perancangan Allah setelah berusaha," titah baginda.

Titah baginda umat Islam perlu yakin terhadap kehidupan setelah mati dan hari kiamat.

"Ia akan mempengaruhi cara pandang kita terhadap dunia dan akan mendorong untuk melakukan kebaikan serta mempersiapkan diri menuju akhirat walaupun berada dalam kesibukan," titah baginda.

Terdapat seramai 10,000 muslim di Estonia yang kebanyakan dari negara Turki dan bangsa Tartar (Russia).

Pusat Islam Tallinn merupakan satu-satunya pusat Islam dan juga masjid rasmi di seluruh Estonia yang mempunyai penduduk seramai 1.3 juta orang.

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

  
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE