Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UNIMAP PERLU SENTIASA DI 'KOORDINAT' TEPAT AGAR TERUS SIGNIFIKAN - RAJA MUDA PERLIS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UNIMAP PERLU SENTIASA DI 'KOORDINAT' TEPAT AGAR TERUS SIGNIFIKAN - RAJA MUDA PERLIS

UNIMAP PERLU SENTIASA DI 'KOORDINAT' TEPAT AGAR TERUS SIGNIFIKAN - RAJA MUDA PERLIS

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 September 2023 08:53

RIGA (Latvia),12 Sept (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu berada di koordinat atau laluan yang tepat bagi memastikan ia terus signifikan dengan peredaran zaman.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah UniMAP harus sentiasa memastikan tumpuan strategik pembangunannya berada pada koordinat yang sepatutnya menerusi aktiviti penyelidikan, perundingan, penyebaran ilmu pengetahuan dan pembangunan modal insan.

"Ini dapat memberi nilai tambah kepada kemajuan masyarakat setempat seiring dengan tema 'UniMAP For Society', " titah baginda pada program pelajar di Universiti Teknikal Riga di sini hari ini.

Berangkat sama anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra selain turut dihadiri Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli.

Baginda berkenan mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP Ke-17 ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 Sept ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Canselor UniMAP bertitah pada masa yang sama UniMAP juga akan memberi penekanan kepada penerokaan dana endowmen (dana pelaburan) sebagai antara instrumen yang signifikan untuk terus melestarikan pertumbuhan universiti itu pada masa akan datang.

Terdahulu, baginda berkenan menyaksikan acara menukar dokumen perjanjian antara kedua-dua universiti.

Pihak UniMAP diwakili oleh Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli manakala Universiti Teknikal Riga diwakili oleh Rektornya Prof Dr Talis Juhna yang akan menjadi permulaan kepada kerjasama kedua-dua institusi tersebut.

Universiti Teknikal Riga merupakan antara universiti teknikal terbesar di negara Baltik yang meliputi tiga negara iaitu Latvia, Estonia dan Lithuania.

Riga merupakan ibu negara bagi Latvia yang terletak di pesisir Laut Baltik di muara Sungai Daugava. 

Bandar ini menjadi pusat budaya, politik, perniagaan, kewangan, industri dan pendidikan di wilayah tersebut dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

  

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE