Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 500 Peserta Sertai Seminar Zaikra Al Rasul n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
500 Peserta Sertai Seminar Zaikra Al Rasul

500 Peserta Sertai Seminar Zaikra Al Rasul

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 September 2023 08:57

KANGAR, 15 September - Seramai 500 peserta menyertai Seminar Zikra Al Rasul bersempena “Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah" yang dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Seminar ini merupakan kesinambungan dari Kempen Perlis Berzikir yang telah dilancarkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 18 Mac tahun lalu.

Mufti Negeri Perlis, Profesor Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan, Perlis Berzikir adalah satu kempen mengajak rakyat Perlis yang beragama Islam mengamal dan memperbanyakkan zikrulLah seperti yang diajarkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian.

Antara pembentang dalam seminar ini ialah Sheikh Wan Syukri Wan Ismail dari Thailand, yang membentangkan tajuk berkenaan Ibrah Melalui Peristiwa Kelahiran Rasulullah SAW.

Selepas pembentangan tersebut turut diadakan Forum Khas "Hijrah Rasulullah SAW: Peristiwa Dan Iktibar" menampilkan panel terdiri Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF), Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Perasmian Seminar Zikra Al Rasul, Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah ini disempurnakan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli di Mes Pegawai Kanan Polis Perlis.

Pada seminar ini, peserta yang hadir terdiri daripada guru takmir, imam, guru agama, wakil pelajar dari sekolah terpilih dan orang awam.

 

  

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE