Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UNIMAP FOKUS PEMBANGUNAN TENOLOGI DAN DATA BAGI PENUHI KEPERLUAN INDUSTRI n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UNIMAP FOKUS PEMBANGUNAN TENOLOGI DAN DATA BAGI PENUHI KEPERLUAN INDUSTRI

UNIMAP FOKUS PEMBANGUNAN TENOLOGI DAN DATA BAGI PENUHI KEPERLUAN INDUSTRI

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 September 2023 09:02

VILNIUS (Lithuania) 15 Sept (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memfokus kepada pembangunan bidang teknologi dan data dalam usaha meningkatkan produktiviti serta inovasi bagi memastikan graduan yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan industri pada masa ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor UniMAP, bertitah universiti itu sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa bidang terbabit seperti menyediakan latihan serta kursus yang memfokus kepada kemahiran digital dan teknologi.

“UniMAP sentiasa memberi penekanan kepada penyelidikan dan inovasi yang mampu memainkan peranan bagi kemajuan masyarakat serta ekonomi,” titah baginda ketika melawat Universiti Teknikal Gediminas Vilnius hari ini.

Baginda mengetuai Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 Sept ini.

Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah jurusan Perniagaan Antarabangsa, Keusahawanan Kejuruteraan dan Sarjana Pengurusan Perniagaan UniMAP direka dengan hasrat melahirkan pemimpin perniagaan global yang mampu berfungsi serta bersaing dengan berkesan dalam pasaran hari ini.

"Visi UniMAP adalah untuk menjadi institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan nilai teras penting iaitu Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan, " titah baginda.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama serta pertukaran dokumen antara UniMAP dan Universiti Teknikal Gediminas Vilnius.

UniMAP diwakili Naib Canselornya Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli manakala Universiti Teknikal Gediminas Vilnius diwakili Rektornya Profesor Romualdas Kliukas.

Vilnius ialah ibu negara dan bandar terbesar Lithuania yang terletak di timur laut Eropah.

 

  

Sumber : Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE