Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RAJA MUDA PERLIS PERKENAN LANCAR 'PERLIS ICE CREAM' DI MOKTI'S TURKIYE n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RAJA MUDA PERLIS PERKENAN LANCAR  'PERLIS ICE CREAM' DI MOKTI'S TURKIYE

RAJA MUDA PERLIS PERKENAN LANCAR 'PERLIS ICE CREAM' DI MOKTI'S TURKIYE

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 September 2023 09:24

ISTANBUL, 17 Sept (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan 'Perlis Ice Cream" di Mokti’s Turkiye di sini.

Pengasas Mokti's Ice Cream Siti Fatimah Adnan yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Aiskrim Malaysia' berkata usaha itu merupakan langkah signifikan bagi membawa Perlis Ice Cream ke peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Perlis.

"Aiskrim ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis dan saya menerima titah Raja Muda melalui anakanda kedua baginda Sharifah Farah Adriana beberapa bulan yang lalu, yang meminta agar Mokti's  mengeluarkan satu variasi aiskrim yang unik dan menggambarkan warna bendera negeri Perlis dan dinamakan sebagai 'Perlis Ice Cream'," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Mokti’s Pengiran Muhammad ‘Adil Awang Iskanderdzulkarnain dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP kini dalam Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik, yang bermula 10 Sept lepas dan berakhir hari ini.   

"Perlis Ice Cream bukan sekadar untuk menjanjikan kepuasan ke atas produk tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan keindahan negeri Perlis bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 seperti yang dihasratkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra," katanya dan menambah Mokti’s kini mempunyai 95 cawangan di seluruh Malaysia selain satu di Turkiye.

Dalam perkembangan lain, rakyat Malaysia yang melancong di Turkiye, terutamanya di bandar raya ini, dinasihatkan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri dan mengemukakannya kepada pihak berkuasa apabila diminta.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata rakyat Malaysia juga disarankan untuk mengambil insurans perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di luar negara sekiranya ditimpa perkara tidak diingini. 

"Bagi yang memerlukan sebarang bantuan konsular ketika di Istanbul atau kawasan sekitar dengannya bolehlah berhubung dengan pihak Konsulat melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian +90 212 989 10 01," katanya.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan bantuan Ibnu Sabil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM5,000 kepada Tengku Mohd Dzaraif di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.

Bantuan Ibnu Sabil merupakan inisiatif murni pihak MAIPs yang diberikan kepada Pejabat Perwakilan Diplomatik terpilih di luar negara untuk digunakan bagi membantu warganegara Malaysia yang mengalami kesusahan di perantauan. 

Menurut Tengku Mohd Dzaraif, bandar Istanbul merupakan destinasi pelancongan popular yang dikunjungi lebih 90,000 pelancong Malaysia tahun lepas dan 114,000 orang pada 2019.

 

  

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE