Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PERLIS TERIMA CADANGAN, INPUT TINGKAT PELANCONGAN SEMPENA TMP2024-2025 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PERLIS TERIMA CADANGAN, INPUT TINGKAT PELANCONGAN SEMPENA TMP2024-2025

PERLIS TERIMA CADANGAN, INPUT TINGKAT PELANCONGAN SEMPENA TMP2024-2025

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 19 September 2023 15:24

KANGAR,19 Sept (Bernama) -- Perlis mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan yang membina dan penambahbaikan berterusan daripada agensi dan wakil pengusaha pelancongan serta pengunjung bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah langkah itu juga sebagai persiapan menjayakan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

"Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis mengklusterkan lima sektor 'Jejak Pelancongan' iaitu Jejak Pelancongan Eko; Jejak Pelancongan Agro; Jejak Pelancongan Budaya, Sejarah, Seni dan Warisan; Jejak Pelancongan Membeli Belah dan Makanan serta Jejak Pelancongan Sukan dan Rekreasi," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di sini hari ini, selepas baginda berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Malaysia Nur Muhammad di Istanbul, Turkiye.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiringi baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Zaliman Sauli.

Pada majlis itu, Restoran Malaysia Nur Muhammad yang diuruskan oleh Nur Muhammad Turizm Gida Ve Ticaret Ltd Sti dan dimiliki sepenuhnya oleh GISB Holdings (Malaysia) menghidangkan menu istimewa kurma daging Perlis.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE