Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RIBUT DI PERLIS, Penduduk terjejas diminta segera kemuka aduan dan laporan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RIBUT DI PERLIS, Penduduk terjejas diminta segera kemuka aduan dan laporan

RIBUT DI PERLIS, Penduduk terjejas diminta segera kemuka aduan dan laporan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 26 September 2023 07:51
KUALA PERLIS, 25 September- Sebanyak 11 buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin serta struktur rumah rosak susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis petang tadi.
 
Sehingga pukul 11.00 malam ini, kawasan terlibat ialah sekitar Kampung Padang Besar Selatan, Kampung Cermai, Kampung Kurung Tengar, Kampung Sentua dan Kampung Kuala Sungai Padang.
 
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi sebaik kejadian dan kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap kediaman yang terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan.
 
Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan beserta gambar kejadian kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Bagi kerosakan kecil, bantuan membaik pulih kediaman akan diuruskan JKM, manakala bagi kerosakan besar dibawah tanggungjawab MAIPs manakala bagi premis perniagaan akan diuruskan Majlis Perbandaran Kangar.
 
Turut melawat mangsa ribut serta menyerahkan sumbangan awal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE