Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 11 rumah terjejas akibat angin kencang, hujan lebat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
11 rumah terjejas akibat angin kencang, hujan lebat

11 rumah terjejas akibat angin kencang, hujan lebat

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 26 September 2023 07:55

KUALA PERLIS, 25 September- Bumbung 11 buah rumah rosak akibat diterbangkan angin kencang dan hujan lebat melanda Perlis petang tadi.

Sehingga pukul 11.00 malam tadi, kawasan terlibat ialah sekitar Kampung Padang Besar Selatan, Kampung Cermai , Kampung Kurung Tengar, Kampung Sentua dan Kampung Kuala Sungai Padang

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, "pihak kami telah ke lokasi sebaik kejadian berlaku dan kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat."

Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan berserta gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan membaiki kediaman akan diuruskan JKM bagi kerosakan kecil, manakala MAIPs akan bertanggungjawab kepada kerosakan besar.

Bagi premis perniagaan akan diuruskan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah turut melawat mangsa terjejas dan menyerahkan sumbangan awal.

 

(Kerosakan bumbung rumah akibat angin kencang di Perlis)

  

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE