Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Perlu Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir, Ribut – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Perlu Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir, Ribut – Raja Muda Perlis

Rakyat Perlu Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir, Ribut – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 29 September 2023 14:46

KANGAR: Seluruh rakyat negeri ini perlu sentiasa bersiap sedia dan mempunyai ilmu bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana seperti ribut atau banjir.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun bencana banjir di negeri ini tidak lagi kerap seperti sebelum ini, namun setiap isi rumah yang menetap di kawasan berisiko perlu bersiap sedia dengan peralatan seperti jaket keselamatan, tong kosong, pelampung dan beg kecemasan khas.

Titah baginda, masyarakat juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan berita terkini dan berpindah dengan segera sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Rakyat negeri ini juga diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” titahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menziarahi beberapa buah rumah mangsa ribut yang terjejas di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis di sini.

Hujan lebat berterusan sejak Sabtu lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk sekitar negeri ini terjejas akibat banjir.

Malah, terdapat juga kediaman penduduk yang rosak berikutan angin kencang susulan kejadian tersebut.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin bagi menziarahi mangsa-mangsa terlibat diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan Bantuan Awal Bencana daripada MAIPs sebanyak RM500 bagi setiap rumah.

Antara penerima yang telah mendapat bantuan berkenaan terdiri daripada Norkhaizura Muhiddin, 50, Hawati Harun, 56, Noorsuzieyantie Kamaruddin, 35 dan Salleh Sulaiman, 57.

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, MAIPs sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) negeri bagi menentukan penyaluran sumbangan yang bersesuaian kepada mangsa terjejas.

“Semua mangsa terlibat juga dinasihati agar dapat sentiasa bersabar dan tabah bagi menghadapi situasi sukar ini,” katanya.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE