Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Islam asas utama pembentukan jati diri bangsa Melayu – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Islam asas utama pembentukan jati diri bangsa Melayu – Raja Muda Perlis

Islam asas utama pembentukan jati diri bangsa Melayu – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 02 Oktober 2023 10:10

ISLAM merupakan asas utama kepada pembentukan jati diri bangsa Melayu di samping adat dan budaya lama terutamanya di negeri Perlis ini dikekalkan serta mana-mana adat dan budaya yang bercanggah pula dimodifikasikan supaya selaras dengan syariat Islam.

Untuk memperkasakan semula adat dan jati diri bangsa Melayu terutamanya di kalangan generasi muda di Perlis ini, agama Islam haruslah dijadikan sebagai panduan dan pendidik utama kerana tanpa Islam bangsa Melayu akan kehilangan jati diri mereka.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra mengaminkan doa sebelum berkenan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Bilangan Ke 2 Bagi Tahun 2023 di Bangunan MAIPs Kangar.

  

Sejarah telah banyak memberikan contoh dan iktibar kepada kita.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Bilangan Ke 2 Bagi Tahun 2023 di Bangunan MAIPs Kangar.

Menurut Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, “Islam telah terbukti berjaya membina tamadun Melayu yang gemilang sebelum kedatangan penjajah,”.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Bilangan Ke 2 Bagi Tahun 2023 di Bangunan MAIPs Kangar.

  

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab bangsa Melayu sendiri dan juga badan-badan berautoriti yang telah diamanahkan untuk terus menjaga adat istiadat Melayu sepertimana MAIPs, untuk terus menghayati serta mengamalkan ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan dan terus memperhebat lagi agendanya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah’. 

  

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE