Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mangsa banjir perlu patuh arahan pihak berkuasa – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mangsa banjir perlu patuh arahan pihak berkuasa – Raja Muda Perlis

Mangsa banjir perlu patuh arahan pihak berkuasa – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 02 Oktober 2023 10:13

Taburan hujan yang lebat dan berterusan telah mengakibatkan banjir dan menjejaskan beberapa kawasan di sekitar negeri Perlis.

Setiap individu dan isi rumah yang terjejas akibat banjir ini perlu mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan melawat ke PPS Bencana di SK Kubang Gajah, Arau.

  

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Arau sebelum mereka pulang ke kediaman masing-masing semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama mengiring ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan bertemu mangsa banjir ketika melawat ke PPS Bencana di SK Kubang Gajah, Arau.

  

Sebanyak 16 buah keluarga yang terdiri daripada 44 mangsa telah ditempatkan di PPS ini merupakan penduduk dari Kampung Kubang Gajah dan Kampung Alor Ara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menasihatkan setiap mangsa tidak kira di PPS mana berada supaya sentiasa minum air yang telah dimasak, jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling, basuh tangan sebelum makan serta selepas ke tandas dan dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit atau muntah-muntah.

Raja Muda turut bertitah agar menjauhi tempat-tempat yang dilanda banjir, matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah dan tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Syed Sirajuddin Areeb Putra menerima sembah maklum Ku Chik semasa berkenan melawat PPS Bencana di SK Kubang Gajah, Arau.

Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sentiasa memantau kawasan ‘hot spots’ banjir di negeri ini, cakna akan paras air semasa dan memastikan setiap penduduk memberikan kerjasama yang baik bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Terdahulu daripada itu di Masjid Al-Abrar Kubang Gajah telah berlangsungnya Program Hijrah Minda bagi kali ke 16 tahun 2023 anjuran MAIPs.

Seramai 20 penerima asnaf yang dikenalpasti oleh pihak Jawatankuasa Kariah Masjid berkenaan telah menerima sumbangan bantuan sara hidup MAIPs yang diserahkan sendiri oleh Raja Muda.

  

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE