Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lawat Batu Sempadan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Lawat Batu Sempadan

Raja Muda Perlis Lawat Batu Sempadan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 Oktober 2023 16:40

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat Batu Sempadan bersejarah antara negeri Kedah dan Pulau Pinang di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

 

Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Normaira Abdul Rahmah yang telah mempersembahkan taklimat mengenai sejarah batu sempadan ini.

Batu berkenaan membahagikan kawasan antara Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang bernaung di bawah British dan sehingga kini batu ini kekal menjadi sempadan antara Kedah dengan Pulau Pinang.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin ke sana buat julung kalinya itu ialah sempena program kayuhan amal ‘MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara yang bermula dan berakhir di Yarra Park Show Village, Bandar Puteri Jaya.

Mengiringi baginda ialah Pengerusi MCCC Kedah dan Perlis, Tan Ah Kiang; Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Raschada Jiwalai; Ketua Pengurusan Cawangan Wilayah Utara OSK Property, Paul Tan Kok Poh; Pengarah Urusan Kumpulan Irama Jaya, Ooi Enn Hee dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kayuhan MCCC, Regent Wong.

MCCC merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan tujuan untuk menggalakkan kerjasama dan pembangunan dalam perdagangan, pelaburan dan bidang perindustrian antara Malaysia dan China dengan mempunyai cawangan di sembilan buah negeri.

OSK Property pula merupakan gabungan OSK Property Holdings (OSKP) dan PJ Development Holdings (PJD) yang telah membangunkan banyak projek kediaman, perbandaran dan komersial di seluruh Malaysia.

Kayuhan sejauh 35 kilometer itu turut melibatkan persinggahan bagi MCCC menyampaikan sumbangan Jalinan Kasih berupa 25 kampit beras kepada golongan memerlukan di Kampung Serukam, Sungai Petani.

Kayuhan kali ini disertai kira-kira 80 peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang termasuk beberapa peserta dari Jerman dan Belanda yang merentasi sungai-sungai yang cantik, sawah bendang, ladang kelapa sawit, jalan kampung-kampung dan juga pemandangan yang sungguh indah.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE