Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Terima Mengadap Rektor FTU n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Terima Mengadap Rektor FTU

Raja Perlis Terima Mengadap Rektor FTU

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 Oktober 2023 16:46

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Rektor Fatoni University (FTU) Thailand, Sheikh Dr. Ismail Lutfi Japakiya di Kangar baru-baru ini.

 

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah di Fatoni University, Prof. Dr. Abdul Wahab Ismail.

Pada majlis mengadap itu beberapa isu mengenai kemajuan umat Islam dibincangkan.

Di samping itu, Dr. Ismail yang merupakan Pengerusi Majlis Antara Agama Untuk Keamanan Thailand (Inter-Religious Council For Peace) dan juga merupakan seorang tokoh agama Islam Selatan Thailand berkongsi pelbagai pengalaman dalam dialog keamanan berlainan agama dengan baginda.

Beliau juga turut membangkitkan tentang kepentingan pengurusan wakaf.

Untuk rekod, MAIPs mempunyai kerjasama strategik yang erat dengan pihak Fatoni University melalui sumbangan sebuah bangunan ‘Majma Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail’ bernilai RM2.3 juta, penawaran biasiswa kepada pelajar FTU serta pelbagai kerjasama akademik antara FTU dengan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung sepenuhnya di bawah MAIPs.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE