Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengajaran, Pembelajaran Luar Bilik Darjah Bentuk Pelajar Proaktif – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengajaran, Pembelajaran Luar Bilik Darjah Bentuk Pelajar Proaktif – Raja Muda

Pengajaran, Pembelajaran Luar Bilik Darjah Bentuk Pelajar Proaktif – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 Oktober 2023 16:54

PENGAJARAN dan pembelajaran luar bilik darjah boleh menjadi keajaiban untuk pendidikan dan kesejahteraan pelajar kerana mereka berpeluang mengakses persekitaran semulajadi dengan bantuan guru berasaskan kurikulum di luar bilik darjah.

 

Maka sudah pasti banyak kemahiran yang boleh diajar sekaligus pembelajaran yang menyeronokkan akan terhasil.

Sekolah berperanan besar untuk menambah nilai pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang bukan terhad di dalam bilik darjah sahaja.

Proses pengajaran dan pembelajaran di luar suasana bilik darjah merupakan satu pendekatan yang inovatif.

 

Proses pembelajaran kini tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja dan di mana-mana sahaja pelajar boleh mengutip ilmu pengetahuan yang baharu.

Ini membuatkan mereka mampu membentuk diri menjadi lebih proaktif, berdaya saing dan mempunyai nilai-nilai positif.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi yang dihadiri 450 pelajar di Kampung Kubang Badak, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Pemangku Pengetua SMK Abi, Zakaria Harun.

Zakaria dalam ucapan aluan sembah maklumnya menjelaskan dari segi akademik, sekolah ini telah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.61 manakala 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berjaya mencapai keputusan 5A hingga 8A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022.

Bagi aktiviti kokurikulum pula, sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam arena sukan ragbi di mana sepuluh orang murid sekolah ini telah berjaya dipilih mewakili Perlis ke peringkat Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia.

Manakala seorang pelajar terpilih mewakili negeri Perlis ke peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi acara sukan Boling Padang.

Seorang pelajar juga telah telah terpilih menyertai Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang 2023 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Terkini, seorang pelajar sekolah ini telah terpilih untuk menerima Anugerah Pemimpin Hebat (Perempuan) dalam Kursus Kepimpinan Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023.

Sempena program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan ACS Cafe Sports Club.

Tujuan utama kafe ini diwujudkan ialah sebagai satu punca pendapatan untuk pasukan ragbi sekolah berkenaan selain menjadi medium untuk melatih para pelajar untuk bagaimana menguruskan sebuah kafe.

Kafe ini turut menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman antaranya makanan ringan, jus, kopi dan bermacam-macam lagi.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis menzahirkan agar pelajar perlu menghargai dan menepati masa walaupun terikat dengan pelbagai komitmen dan juga langkah persedian sebelum ke alam pekerjaan.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE