Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Usaha bersama perangi ideologi ekstremis – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Usaha bersama perangi ideologi ekstremis – Raja Muda Perlis

Usaha bersama perangi ideologi ekstremis – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Oktober 2023 07:51

TRANG, THAILAND: Usaha bersama semua pihak perlu sentiasa diperhebatkan bagi memerangi ideologi ekstremis daripada menular dalam kalangan masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ideologi atau aktiviti ekstremis tersebut boleh berlaku tanpa mengenal latar belakang, etnik, agama mahupun kewarganegaraan.

Titah baginda, ideologi berkenaan juga tidak mempunyai nilai-nilai eksklusif kepada mana-mana komuniti atau kumpulan tertentu yang membenarkan ia terus berkembang dalam masyarakat.

 
 

“Usaha bersama dengan penuh jitu perlu bagi memerangi ideologi ekstremis daripada terus menular dan memerangkap masyarakat.

“Ekstremis adalah cabaran bersama yang menuntut tindak balas daripada semua lapisan masyarakat,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyampaikan sumbangan di Masjid Muoleheem Islaam, Wilayah Trang, Thailand bersempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

TUANKU Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan meluangkan masa bergambar bersama anak-anak yatim yang menerima zakat pada program ziarah Mahabbah MAIPs di Wilayah Trang, Thailand hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Mengiringi baginda berdua, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam majlis yang sama, MAIPs turut menyampaikan sumbangan aktiviti dakwah sebanyak RM3,000 kepada masjid berkenaan dan sumbangan zakat kepada 30 anak yatim sekitar kawasan Pai Lian wilayah Trang.

 
 

Dalam pada itu, imam Masjid Muoleheem Islaam, Hussin Sanpit melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan itu dan ia mampu menampung usaha-usaha mengimarahkan aktiviti dakwah yang sering kali diadakan di masjid mahupun di kawasan sekitar.

“Bagi pihak masjid, kami amat terharu dengan perhatian yang diberikan oleh pihak MAIPs dalam membantu masyarakat di wilayah ini.

“Semoga semangat saudara sesama islam sebegini terus diharmonikan dengan ikatan yang lebih erat merentasi sempadan negara,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE