Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelaburan wang zakat masih dianggap baru – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelaburan wang zakat masih dianggap baru – Raja Muda Perlis

Pelaburan wang zakat masih dianggap baru – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Oktober 2023 07:55

PELABURAN wang zakat mungkin dianggap perkara baru dalam pengurusan zakat, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu titah Baginda, kajian mendalam mengenai potensi dan kaedah pelaksanaannya mengikut perspektif Islam perlu dilakukan.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Kolokium Agiham Holistik dan Perancangam Bahagian Pengurusan Zakat Sempena sempena Lawatan Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah ATAM MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand di Hotel Rua Rasada, Trang, Thailand.

 

Baginda bertitah, melalui aktiviti ini ia akan dapat mengembangsuburkan lagi dana masyarakat Islam yang bukan kecil jumlahnya untuk kemaslahatan pembangunan ekonomi Ummah.

Jelas Baginda, masyarakat juga perlu diberi penjelasan tentang konsep pelaburan wang zakat.

“Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap Baitulmal ataupun Pusat Zakat dalam merancang dan mengagihkan zakat secara telus, amanah dan adil,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian pada perasmian Kolokium Agiham Holistik dan Perancangam Bahagian Pengurusan Zakat Sempena sempena Lawatan Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah ATAM MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand di Hotel Rua Rasada, Trang, Thailand.

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga amat berharap agar fungsi zakat perlu diperkasakan lagi bagi memaksimumkan sumbangannya.

“Pemerkasaan fungsi zakat ini bermaksud memperkasakan aspek kutipan dan pengagihan zakat secara berkesan supaya sampai kepada kumpulan sasaran asnaf tanpa berlaku sebarang ketirisan,” titah Baginda.

Baginda bertitah, kaedah kutipan dan agihan zakat perlu melalui proses transformasi.

Jelas Baginda, transformasi ini merujuk kepada aspek pengurusan zakat yang meliputi profesion amil yang berkualiti serta profesional bagi menghasilkan pengurusan dan ‘output’ perkhidmatan berkualiti. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE