Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hubungan Perlis-Thai Rapat Khususnya Majlis Agama Islam, Komuniti Muslim – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hubungan Perlis-Thai Rapat Khususnya Majlis Agama Islam, Komuniti Muslim – Raja Muda

Hubungan Perlis-Thai Rapat Khususnya Majlis Agama Islam, Komuniti Muslim – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 10 Oktober 2023 14:17

PERLIS dan Thailand mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dengan Majlis Agama Islam serta komuniti Muslim di enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand.

 

Ia melibatkan seperti Wilayah Satun, Trang, Krabi, Phuket, Phang Nga dan Ranong selain daripada Songkhla.

Difahamkan pada ketika ini terdapat kira-kira 6,000 rakyat Thailand yang tinggal di Perlis.

Lebih kurang 600 daripada mereka bekerja di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di sekitar negeri ini yang terdiri daripada Felda Chuping, Felda Mata Air dan juga Felda Rimba Mas.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis menerima mengadap Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Skull Dumrongkiatkul yang memangku jawatan sebagai Gabenor Wilayah Trang.

Turut sama Komander Polis Wilayah Trang, Chaowalit Leangsupong dan Ketua Pejabat Gabenor Trang, Anatthaua Thaweewong, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Trang, Sanya Sriwichian dan Presiden Pusat Islam Wilayah Trang, Ahmad Kodem.

Baginda berkenan bersantap malam dengan tetamu berkenaan di Hotel Rhua Rasada, Trang, Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan mengetuai Progam Ziarah Mahabbah Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Di Pertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand dari 6 hingga 8 Oktober.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE