Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Disaran Cari Titik Persamaan, Elak Perpecahan - MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Umat Islam Disaran Cari Titik Persamaan, Elak Perpecahan - MAIPs

Umat Islam Disaran Cari Titik Persamaan, Elak Perpecahan - MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 10 Oktober 2023 14:29

TRANG, 8 Oktober - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa menggembling tenaga menyatupadukan ummah, sejajar dengan hasrat Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) serta semangat ASEAN.

 

Ia dilaksanakan melalui program Ummah Wahidah yang merangkumi 6 wilayah Andaman di selatan Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, potensi yang ada pada setiap lapisan masyarakat juga perlu diberikan fokus bagi meningkatkan lagi tahap sosio ekonomi ummah.

"Program ini adalah program yang bermotifkan untuk kita mengangkat tahap sosio ekonomi di wilayah Trang dan juga Perlis disamping untuk kita teguhkan lagi jalinan silaturahim termasuk dalam perkara yang menyentuh soal dakwah pengurusan umat Islam dan juga yang berkaitan dengan ekonomi dan sudah pasti soal pendidikan," katanya.

Berkenan hadir Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan Forum Ummah Wahidah yang berlangsung di Masjid Madinah Al Islam, Trang Thailand.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Sumber daripada Berita Harian 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE