Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Saran Buka Kembali Terminal CIQ Kuala Perlis – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Saran Buka Kembali Terminal CIQ Kuala Perlis – Raja Muda Perlis

Saran Buka Kembali Terminal CIQ Kuala Perlis – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Oktober 2023 12:02

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar terminal Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kuala Perlis dipertimbangkan dibuka semula.

 

Titah baginda, ia menjadi keperluan memandangkan Kuala Perlis sebelum ini pernah menjadi destinasi pilihan utama untuk mendapatkan bekalan dan keperluan asas serta makanan bagi masyarakat Melayu Muslim Thailand di sekitar Satun terutama dari Thamalang, Pulau Panjang dan Puyu.

Titah baginda, sejak ditutup selepas Covid-19, kegiatan ekonomi mikro Kuala Perlis difahamkan menjadi perlahan.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin berharap agar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi yang berkenaan dapat mempertimbangkan cadangan ini demi kemaslahatan rakyat negeri Perlis khususnya dalam sektor ekonomi.

“Pembukaan semula pintu masuk ini sedikit sebanyak dapat membantu merancakkan kembali aktiviti ekonomi Perlis khususnya di Kuala Perlis.

“Masyarakat Melayu di Satun sebilangan besarnya juga mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat dengan masyarakat di Perlis dan Kedah. Kuala Perlis telah menjadi pintu masuk utama bagi mereka untuk menziarah saudara mara dan kaum keluarga terutamanya apabila berlaku kematian dan perkahwinan.

“Pengusaha atau syarikat yang membuat perkhidmatan berkenaan juga boleh mengusulkan kepada pihak kastam dan juga imigresen permohonan ini dalam kadar segera,” titah baginda ketika berkenan berangkat ke majlis santapan selepas Program Kayuhan Peduli Bersama JKDM 2023 di Taman Perumahan Kastam di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda dalam program anjuran JKDM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu sambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Sazali Mohamad.

Baginda juga berkenan menyaksikan penyempurnaan simbolik penyerahan beras oleh Sazali kepada Ketua Unit Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Mohamad Najdi Mohd Noor.

MAIPs menerima sumbangan beras sebanyak 515 kilogram yang akan disalurkan kepada para asnaf dan golongan memerlukan di negeri ini.

Sementara itu, Sazali dalam ucapan berkata, peranan dan tanggungjawab JKDM sebagai pentadbir cukai tidak langsung di negara ini tidak hanya melaksanakan aktiviti penguatkuasaan semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, JKDM juga berperanan untuk membantu pelanggan luar mendapat kefahaman yang baik berkenaan cukai sekali gus meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan mereka.

“Pungutan hasil JKDM sehingga 30 Julai 2023 adalah sebanyak RM41.692 bilion di mana unjuran pungutan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2023 pula sebanyak RM52 billion.

“JKDM sangat komited dalam membuat penambahbaikan secara berterusan, khususnya bagi perkara yang melibatkan aspek perundangan, dasar mahupun polisi, antara semua pihak yang terlibat bagi mencapai hasrat serta meraih aspirasi program.

“Ia sekali gus mencorak peningkatan ekonomi negara melalui perdagangan utama dunia”, katanya.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE