Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Setiap Aktiviti NGO Perlu Sejajar Dengan Nilai Budaya Dan Identiti Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Setiap Aktiviti NGO Perlu Sejajar Dengan Nilai Budaya Dan Identiti Negara

Setiap Aktiviti NGO Perlu Sejajar Dengan Nilai Budaya Dan Identiti Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Oktober 2023 12:05

TRANG, THAILAND: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa tidak dinafikan kebanyakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting mempromosikan keperluan sosial masyarakat.

 

Bagaimanapun titah baginda, adalah penting juga untuk orang ramai sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan sejajar dengan nilai budaya dan identiti negara.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai kayuhan ‘MAIPs Peduli Khas’ sejauh 15 kilometer di sekitar bandar Trang, Thailand bersempena Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke wilayah berkenaan dari 6 hingga 8 Oktober baru-baru ini.

Turut serta Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Skul Dumrongkiatkul, Ketua Polis Wilayah Trang, Mejar Jeneral Polis Chaowalit Leangsupong dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tiga buah rumah golongan yang memerlukan di kawasan itu turut disantuni dan disampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs oleh baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan harapan agar setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan negara ini kekal aman dan damai serta bebas daripada sebarang konflik.

Baginda menambah, dialog terbuka secara berhemah dan juga persefahaman bersama adalah antara kaedah pilihan yang perlu selalu dipertimbangkan untuk menangani sebarang isu dengan berkesan. Pada masa sama menggalakkan perubahan yang baik.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE