Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Peguam syarie perlu kuasai ilmu perundangan dalam negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Peguam syarie perlu kuasai ilmu perundangan dalam negara – Raja Muda Perlis

Peguam syarie perlu kuasai ilmu perundangan dalam negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 13 Oktober 2023 23:06

KANGAR: Peguam syarie perlu menguasai ilmu perundangan yang berkuat kuasa dalam negara ini dan tidak hanya terhad kepada undang-undang syariah sahaja.

          

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah itu adalah penting berikutan ada ketikanya isu-isu yang diputuskan di Mahkamah Syariah juga mempunyai kaitan dengan undang-undang sivil.

 
          

Titah baginda, selain itu, peguam syarie juga perlu bersifat amanah, jujur dan berniat baik dalam menegakkan keadilan ketika melaksanakan tugas serta peranan mereka.

 
 

             

“Ini adalah sebagaimana yang dituntut oleh agama dan hendaklah mematuhi Etika Peguam Syarie di bawah Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 4 Tahun 2022,” titah baginda sewaktu Majlis Pertauliahan Peguam Syarie Negeri Perlis Tahun 2023 di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

       

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

      

Menerusi majlis itu, seramai 30 peguam syarie menerima tauliah untuk beramal di Mahkamah Syariah Negeri Perlis.

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, peguam syarie juga seharusnya memfokuskan kepada penyelesaian sesuatu kes dalam tempoh masa singkat tanpa meminggirkan prinsip keadilan.

    

“Kerjaya peguam syarie adalah mulia kerana sifatnya membantu pihak-pihak yang memerlukan khidmat nasihat perundangan dan perwakilan di mahkamah syariah,” titahnya.

     

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan peguam syarie agar dapat memelihara kerahsiaan kes anak guam mereka supaya tidak terdedah kepada umum dan media seterusnya membawa kepada fitnah.

   

Titah baginda, saranan ini adalah selaras dengan penguatkuasaan Arahan Ketua Hakim Syarie Bilangan 1 Tahun 2023 berkenaan Pendengaran Kes Perceraian Secara Tertutup di Mahkamah Syariah Negeri Perlis mulai 1 Julai 2023.  

 
 

“Beta berharap semua peguam syarie dapat mengutamakan kepentingan keadilan dan junjunglah prinsip integriti dalam menjalankan tugas supaya imej agama Islam serta kehormatan profesion ini kekal terpelihara,” titah baginda.

   

       

    

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE