Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wanita susukan anak, kerap bersenam kurang risiko hidap kanser payu dara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Wanita susukan anak, kerap bersenam kurang risiko hidap kanser payu dara

Wanita susukan anak, kerap bersenam kurang risiko hidap kanser payu dara

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 Oktober 2023 09:06

ARAU: Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh dua tahun dan kerap melakukan senaman secara berterusan akan lebih kurang terdedah kepada risiko kanser payu dara.

    

Selain itu, wanita berumur 50 tahun ke atas pula mempunyai lapan sehingga 10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding sewaktu berusia muda.

                      

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ismuni Bohari berkata, antara gejala kanser payu dara adalah seperti ketulan pada payu dara atau bahagian ketiak, kulit payu dara menjadi berkedut dan kemerahan serta berkeruping pada bahagian puting.

 
 

       

“Oleh sebab demikian, setiap pihak disarankan perlu menjalani saringan kanser payu dara sebagai langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan awal untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

        

Ismuni berkata demikian sewaktu mempersembahkan maklumat berkenaan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan peserta Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di perkarangan Masjid Al-Islah Ngulang, Mata Ayer, di sini.

      

Dalam program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan bantuan kepada tiga keluarga asnaf terpilih iaitu Mohamad Shahrin Ya, 43, Mat Daud Omar, 73, dan Zaid Osman, 37, di mana setiap keluarga menerima bantuan wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli beserta beras fidyah.

Untuk rekod, berdasarkan laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payu dara (19 peratus), kanser kolorektal (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

      

Sesetengah masyarakat juga mempunyai stigma bahawa hanya golongan wanita yang berisiko untuk menghidap kanser payu dara namun sebaliknya golongan lelaki juga terdedah kepada penyakit berkenaan.

      

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan pesanan agar setiap individu dapat mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal pemakanan, memperbanyakkan aktiviti fizikal, menjaga kesihatan mental dan mendapatkan rehat secukupnya.

 
 

      

“Sekiranya langkah-langkah ini diamalkan, kecenderungan untuk mendapat pelbagai penyakit dapat dielakkan dan lahirlah masyarakat Perlis yang hidup sihat fizikal serta juga mental,” titah baginda.

    

     

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE