Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis santuni penduduk Chroy Metrey, Phnom Penh n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis santuni penduduk Chroy Metrey, Phnom Penh

Raja Muda Perlis santuni penduduk Chroy Metrey, Phnom Penh

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 26 Oktober 2023 07:32

Phnom Penh: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan beramah mesra dengan penduduk Kampung Chroy Metrey di sini seusai menyempurnakan perasmian Masjid Ibadurrahman di Wilayah Kandal, di sini baru-baru ini.

        

Keberangkatan baginda disambut meriah oleh para penduduk setempat baik kanak-kanak atau dewasa yang kebanyakannya terdiri daripada warga asnaf.       

Pembinaan Masjid Ibadur Rahman di Chroy Metrey, Wilayah Kandal adalah hasil sumbangan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).     

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meluangkan masa melawat dan mendengar taklimat oleh Dr. Him Sokrey di Hospital Chroy Metrey Clinic and Maternity.       

Hospital itu adalah berkonsepkan wakaf yang diusahakan oleh Koperasi Muslim Kemboja yang terletak di kampung tersebut selain baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Tabung Bantuan Perubatan Asnaf berjumlah RM6,000.     

Baginda turut berkenan berangkat ke Sekolah Agama Nurul Iman yang terletak di kampung yang sama.           

Setiausaha Kementerian Agama Kemboja, Yob Ahskary  yang mengiringi lawatan tuanku  mempersembahkan ucapan menjunjung kasih di atas kunjungan baginda ke negara tersebut.       

“Kerajaan Kemboja amat berterima kasih atas hubungan baik antara masyarakat Muslim kedua-dua negara yang sentiasa membantu dan berharap hubungan rapat berkenaan akan dapat diteruskan.     

Sementara itu,  Ahli Parlimen Pursat, Rofy Othsman memberitahu, masyarakat Muslim Kemboja amat bersyukur atas sumbangan rakyat Malaysia yang banyak membantu dalam pengembangan Islam di negara itu.    

“Ia tidak hanya melibatkan hubungan dalam misi bantuan dan agama, malah Malaysia juga merupakan rakan kongsi dan pelabur yang mesra di Kemboja,” jelasnya.    

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE