Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Beri ruang golongan muda sertai sukarelawan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Beri ruang golongan muda sertai sukarelawan

Beri ruang golongan muda sertai sukarelawan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Oktober 2023 08:50

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan muda sewajarnya diberi ruang dan peluang bagi melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan.

Berdasarkan kira-kira 600 juta orang muda telah mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawanan di seluruh dunia manakala bilangan sukarelawan yang aktif pula mencecah hampir 1 bilion adalah wajar peluang dan ruang itu diberikan kepada golongan muda.

    

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra  bertitah, senario itu menandakan bahawa masa depan kita adalah di tangan para sukarelawan yang serba boleh dari segala segi.

      

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan ucaptama Persidangan International Volunteers Cooperation Organisation (IVCO) Tahun 2023 di Aloft Hotel Kl Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

      

      

Baginda bertitah, matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang telah disesuaikan oleh setiap negara harus menjadi fokus di mana semua orang harus bekerjasama dan mempunyai tujuan yang sama terutamanya dalam konteks kesukarelawanan.

          

“Saya percaya bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti sentiasa menggunakan kreativiti, bekerjasama dengan orang lain dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik”, titah Raja Muda.

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat bagi menyempurnakan ucaptama di ‘Persidangan International Volunteers Cooperation Organisation (IVCO) Tahun 2023’ bertempat di Hotel Aloft Kl Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan peserta Persidangan International Volunteers Cooperation Organisation (IVCO) Tahun 2023 di Aloft Hotel Kl Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    

      

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof.

     

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Prof. Emerita Tan Sri Dr. Mazlan Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Wong Kin Lun.

Persidangan tersebut anjuran YSS dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama International Forum for Volunteering in Development (Forum). 

     

Bertemakan “A New Generation Of Volunteers As Changemakers”, persidangan ini disertai organisasi sukarelawan seluruh dunia dengan tujuan menyatukan ketua-ketua agensi serta wakil agensi dari organisasi-organisasi yang menjalankan kegiatan sukarelawanan.

     

Persidangan ini juga dihadiri kira-kira 150 peserta mewakili 70 organisasi dari 40 negara termasuk The United Nations Volunteers dan Peace Corps.

     

      

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar barisan peneraju Persidangan International Volunteers Cooperation Organisation (IVCO) Tahun 2023 di Aloft Hotel Kl Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan, IVCO 2023 bukan sahaja mampu melahirkan sukarelawan generasi muda yang berpotensi besar malahan dapat memberikan pendedahan awal bagi memperkasakan diri menjadi seorang pemimpin.

Titah Baginda, platform ini juga merupakan pendekatan terbaik bagi generasi muda untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah dengan mencuba beberapa kaedah yang berbeza dalam mencari solusi yang terbaik dan mendatangkan kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat.

     

     

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE