Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs berhasrat teroka ‘Wakaf Syarti’ – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs berhasrat teroka ‘Wakaf Syarti’ – Raja Muda Perlis

MAIPs berhasrat teroka ‘Wakaf Syarti’ – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Oktober 2023 08:53

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat meneroka ‘waqaf syarti’ (Wakaf Bersyarat) supaya pembangunan wakaf dapat dilaksanakan secara lebih bersasar.

   
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat untuk menerima Persembahan Zakat Perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Bagi Tahun 2022 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    

    

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima Persembahan Zakat Perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Bagi Tahun 2022 kepada MAIPs berjumlah RM242,902 di Aras 2, Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    

Hadir mewakili pihak Bank Rakyat, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Nizam Sani dan Ketua Pematuhan Syariahnya, Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak.

    

    

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menerima Persembahan Zakat Perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Bagi Tahun 2022 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.

      

Mohd Nazim kemudiannya menjelaskan bahawa wakaf bersyarat yang mengambil kira elemen hasrat bersama antara penyumbang dan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di dalam Negeri ini dilihat sebagai salah satu kaedah bagi merancakkan lagi semangat berwakaf serta usaha menyuburkan pembangunan aset wakaf sedia ada.

    

Tambah beliau lagi, hasrat bagi menerokai elemen akad kontrak antara pewakaf dan MAIPs, tempoh masa dan syarat-syarat kerjasama yang sesuai bagi pelaksanaan sesuatu projek wakaf ini disambut baik oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat yang sememangnya sentiasa memberikan fokus dan komitmen yang tinggi bagi menyuburkan potensi pengembangan wakaf.

   

    

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbincang sesuai semasa berangkat menerima Persembahan Zakat Perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Bagi Tahun 2022 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

   

    

Dalam hubungan itu, Mohd Zamerey pula menerangkan bahawa pihak Bank Rakyat akan membantu MAIPs dalam bidang teknikal dan kepakaran perbankan bagi memastikan sesuatu produk wakaf yang dicadangkan dapat dilaksanakan dan direalisasikan. 

   

  

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE