Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda rasmi Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda rasmi Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023

Raja Muda rasmi Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Oktober 2023 09:02

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 di KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Presiden Persatuan Teqball Malaysia, Siva Kumar Jakarathan dan Pengarah Cawangan Penggalakan Dan Pembangunan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Sabran Abd Bahar.

   

    

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan acara gimik semasa berkenan berangkat merasmikan Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

   

    

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Teqball Malaysia dengan sokongan dari Kementerian Belia Dan Sukan.

   

Sebanyak lapan pasukan terdiri daripada Selangor Virtus, DBKL Hunters, Kedah White Eagles, KPTM Raptors, Perlis Sky Teq, Negeri Sembilan Stags, Melaka Mavericks dan Johor Wonders yang melibatkan 100 individu termasuk pegawai dan pemain akan menyertai kejohanan ini.

    

Pemain terpilih akan mewakili Malaysia ke Piala Dunia Teqball di Thailand dari 29 November sehingga 2 Disember depan.

    

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat merasmikan Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

   

    

Siva Kumar berkata, Persatuan Teqball Malaysia merancang untuk mengembangkan sukan teqball ke sekolah sekolah di seluruh Malaysia dan akanmenganjurkan kejohanan tempatan dan juga kategori umur peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2024.

     

“Kami berharap sokongan dari pihak kementerian, agensi agensi dan juga institusi korporat memberikan kami sokongan yang padu untuk program ini”, tambahnya.

    

Sabran turut menyatakan, JBSN dan KBS sentiasa memberi sokongan dan komitmen kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh semua persatuan sukan dalam membangunkan sukan mereka termasuklah sukan teqball.

     
Tuanku Syed Faizuddin Putra melakukan upacara simbolik sambil disaksikan Siva Kumar ketika merasmikan Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

    

     

Melalui sukan yang baharu ini, ia dapat memberi peluang kepada negara untuk melonjak maju ke hadapan dan terus mendahului perlawanan di pentas antarabangsa.

    

Sukan ini juga menjadi platform kepada rakyat Malaysia untuk bersatu, menyokong antara satu sama lain dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 

  

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE