Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tujuh rumah di Arau rosak 'dipukul' ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tujuh rumah di Arau rosak 'dipukul' ribut

Tujuh rumah di Arau rosak 'dipukul' ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Oktober 2023 09:10

ARAU, 29 Oktober- Tujuh buah rumah di Kampung Padang Besar Kurung Anai di sini rosak selepas bumbung diterbangkan ribut dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di sini, sekitar pukul 3.00 petang tadi.

  

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, kejadian angin kencang itu adalah kali kedua berturut-turut berlaku di negeri berkenaan.

    

Petang semalam, empat buah rumah di Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer 2 juga rosak dalam kejadian sama.

   

Pihak MAIPs sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.

    

Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan kejadian berserta gambar kerosakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

   

Bagi kerosakan kecil di bawah RM3,000 akan diuruskan pijak JKM, manakala MAIPs bertanggungjawab bagi kerosakan besar atau melebihi had ditetapkan JKM .

   

   

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE