Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - The Mines Resort & Golf Club anjur Pertandingan Golf Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis bersama YTSP Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
The Mines Resort & Golf Club anjur Pertandingan Golf Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis bersama YTSP Perlis

The Mines Resort & Golf Club anjur Pertandingan Golf Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis bersama YTSP Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 31 Oktober 2023 08:34

PERTANDINGAN Golf Amal DiRaja Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 anjuran The Mines Resort & Golf Club dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis telah berlangsung dengan meriah, semalam.

Pertandingan diadakan di The Mines Resort & Golf Club, Jalan Kelikir, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor yang melibatkan 80 orang peserta.

   

        

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata daripada Tan Sri Lee Kim Yew semasa Baginda berkenan hadir pada penyampaian hadiah bagi Pertandingan Golf Amal DiRaja Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 anjuran The Mines Resort & Golf Club dengan kerjasama YTSP Perlis, semalam.

     

         

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan juga Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

            

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengasas The Mines Resort & Golf Club, Tan Sri Lee Kim Yew yang mengilhamkan pertandingan kali ini bersama Ahli Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan, Laksamana (Bersara), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Mejar Jeneral (Bersara), Datuk Adnan Abu Bakar.

                 

Dalam ucapan alu-aluan, Kim Yew mempersembah maklumkan kepada Raja Muda bahawa pertandingan ini dianjurkan sebagai tanda penghormatan serta kasih sayang kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

         

           

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama pemenang pertandingan pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Golf Amal DiRaja Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 anjuran The Mines Resort & Golf Club dengan kerjasama YTSP Perlis, semalam.

           

            

Bertemakan nombor ‘Lapan’ iaitu menandakan setiap dekad perjalanan kehidupan dan kepimpinan Baginda dan jasa baik yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat serta dedikasi Baginda kepada rakyat khususnya di negeri Perlis.

         

Bertema ‘Lapan juga menandakan setiap dekad perjalanan Baginda yang memberi impak, sumbangan kepada masyarakat dan dedikasi kepada rakyat.

          

Kehadiran serta penyertaan beberapa individu penting dan orang kenamaan dari pelbagai sektor seperti perubatan dan sains, undang-undang, tentera, pasukan polis dan tokoh korporat memeriahkan lagi majlis ini.

Di majlis tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyaksikan simbolik penyerahan jam tangan edisi khas ‘MINES Watch’ yang bernilai RM80,000 oleh Kim Yew kepada Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus.

      

         

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama penganjur dan peserta semasa berkenan hadir pada penyampaian hadiah Pertandingan Golf Amal DiRaja Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 anjuran The Mines Resort & Golf Club dengan kerjasama YTSP Perlis, semalam.

      

      

Sebelum ini, Kim Yew menyalurkan pelbagai sumbangan kepada Perlis termasuk sumbangan 79 basikal kepada golongan yang memerlukan dan ‘Tabung Bayi Baru Lahir Putra Putri Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar’.

      

Kim Yew turut mengumumkan ‘keahlian khas’ diberi  sempena majlis Pertandingan Golf Amal DiRaja Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 selama dua tahun dan kutipian yang dihasilkan akan disalurkan kepada pihak YTSP Perlis. 

    

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE