Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berangkat Hadiri Iftar MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Berangkat Hadiri Iftar MAIPs

Raja Perlis Berangkat Hadiri Iftar MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 08 Mei 2019 11:20

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2019 (Rabu) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Iftar Jamaie Tahunan DYMM Tuanku Raja Perlis Bersama Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ pada malam semalam.

Berangkat sama ke majlis yang diadakan di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs dan anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua ahli Majlis dan juga AJK MAIPs yang komited menyumbang kepada pelbagai kejayaan MAIPs sehingga ke hari ini dan berharap mereka akan terus melontarkan idea dan pandangan bernas supaya dapat membawa hala tuju MAIPs ke tahap yang lebih baik di masa hadapan.

Baginda juga mahu melihat MAIPs terus memastikan agenda mengeluarkan asnaf di negeri ini daripada belenggu kemiskinan sentiasa menjadi keutamaannya. Pelbagai inisiatif baru hendaklah diwujudkan, yang telah sukses diteruskan, manakala yang kurang menyerlah cuba dimajukan dan diperbaiki sehingga berjaya.

Pada masa yang sama masyarakat hendaklah diberi kefahaman dengan jelas tentang peranan dan usaha-usaha MAIPs.

Tuanku Raja Perlis turut menyarankan agar MAIPs memainkan peranan yang lebih besar untuk rakyat negeri Perlis dengan menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab masing-masing untuk mempunyai mentaliti bahawa semua benda perlu dibuat secara bersungguh-sungguh dan pada masa yang sama tahu menghargai bahawa, untuk mendapatkan sesuatu itu bukan akan datang secara mudah.

Baginda juga mahu MAIPs memikirkan ‘Punca Masalah’ serta bagaimana untuk menangani dan menyelesaikan masalah sosial dan gejala negatif yang sering melibatkan bangsa Melayu Islam ketika ini seperti rasuah, rempit, najis dadah khususnya ketum dan lain-lain lagi.

Baginda juga mahu melihat imej negeri Perlis lebih baik dalam masa terdekat ini termasuklah dalam aspek kebersihan, keceriaan, penjagaan alam, pengurangan penggunaan plastik dan sebagainya.

Turut diadakan ialah tazkirah yang dikongsikan oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan disusuli dengan ‘Pembentangan Pencapaian MAIPs tahun 2018’ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. 

Baginda berdua bersama-sama para ahli majlis yang hadir menunaikan solat maghrib, isyak dan sunat tarawih secara berjemaah bersempena majlis berbuka puasa tahunan tersebut.

Majlis tahunan berkenaan melibatkan kehadiran ahli-ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa di bawah MAIPs yang bermastautin di ibunegara. Majlis yang sama akan turut dilaksanakan melibatkan Ahli Majlis dan Jawatankuasa serta pengurusan MAIPs yang tinggal di Perlis di Kangar beberapa hari saja lagi.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE