Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pergolakan Palestin jadi semangat kepada rakyat pertahan negara-Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pergolakan Palestin jadi semangat kepada rakyat pertahan negara-Raja Muda Perlis

Pergolakan Palestin jadi semangat kepada rakyat pertahan negara-Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 02 November 2023 10:32

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin mestilah menjadi motivasi dan semangat kepada rakyat supaya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berjuang bagi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia tercinta.

“Kita semua mesti mempunyai pengetahuan, sentiasa bersiap siaga dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang,” titah Baginda.

             

        

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat kertas sasaran menembak ketika berangkat ke program Latihan Menembak Pistol anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Lapang Sasar PDRM Mata Ayer, Arau, Perlis.

        

            

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri program Latihan Menembak Pistol anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Mata Ayer.

     

Keberangkatan tiba Baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah ke program yang turut mendapat kerjasama PDRM Perlis dan Nodrad itu disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji dan Ketua Staf Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Leftenan Kolonel Shahril Shaarani.

     
         
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima sembah maklum mengenai pelbagai jenis senjata semasa berangkat menghadiri program Latihan Menembak Pistol anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Lapang Sasar PDRM Mata Ayer, Arau, Perlis.

     

      

Baginda turut mengajak anak-anak watan, muda dan belia khususnya di negeri Perlis untuk menyertai angkatan sukarela Rejimen Askar Wataniah.

      

Raja Muda Perlis turut bertitah, penyertaan dalam angkatan sukarela dapat membantu golongan anak muda memperoleh pendapatan sampingan dan menyalurkan tenaga sumber manusia untuk dipertugaskan sepenuh masa dan berpeluang untuk diserap ke angkatan tetap berdasarkan kepada kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

     

    

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menghadiri program Latihan Menembak Pistol anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Lapang Sasar PDRM Mata Ayer, Arau, Perlis.

   

      

Di program tersebut Baginda turut cuba menembak menggunakan beberapa senjata buatan Beretta dari Itali.

   

   

Sumber:Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE